Monday, July 14, 2008

PERTANDINGAN PIDATO

Pertandingan pidato Piala Pengerusi Maktab Mahmud 2008 telah di adakan di Maktab Mahmud Yan pada Khamis, 10 Julai 2008. Maktab Mahmud Merbok juga telah menghantar wakil ke pertandingan iaitu Shekhol Muhafizurrahman Amer Fadhil Bin Ahmad dan Nornabilah Binti Omar (Kedua-duanya pelajar Tingkatan 3). Syabas kepada mereka berdua walau gagal mendapat tempat yang terbaik kerana ianya merupakan pendedahan yang baik untuk tingkata 3 bagi pertandingan yang seterusnya pada tahun hadapan .Kita doakan mereka berjaya di tahun hadapan... Insya Allah.

Saturday, July 12, 2008

Thursday, July 10, 2008

Lawatan Ke Perpustakaan Awam Merbok

Pada 9 Julai 2008 suatu lawatan sambil belajar oleh Pengawas Perpustakaan MMMK ke Perpustakaan Awam Merbok telah diadakan. Diantara lain tujuan utama lawatan ialah untuk mendedahkan kepada mereka tentang pengurusan sebuah perpustakaan oleh pegawai yang terlibat iaitu Puan Rosnani. Lawatan sambil belajar ini dikelolakan oleh guru perpustakaan MMMK iaitu Ustaz Rusdi.

Tahniah kepada Ustaz Rusdi di atas inisiatif tersebut. Terima ksih juga kepada guru-guru lain termasuk Tuan Pengetua yang bekerjasama membawa pelajar ke Perpustakaan tersebut.

Tuesday, July 8, 2008

Ujian Lisan

6 dan 7 Julai 2008 Pelajar Tkt. 5 ke Sekolah Menengah Langkasuka untuk menduduki Ujian Lisan B. Melayu. Segalanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua tingkatan 5 kerana telah mengekalkan tahap disiplin yang tinggi semasa berada di sekolah tersebut hingga selesai Ujian Lisan. Saya merasa bangga kerana anak-anak pelajar MMMK mempamerkan ciri-ciri akhlak pelajar dari sekolah agama seperti yang dikehendaki.

Rasa bangga yang tak terhingga bila mendapat pujian dari warga pendidik yang lain. Kekadang cuba merendah diri, mengelak pujian menggunung tapi guru manakah tidak bangga dengan segala pujian tersebut.

Terima kasih anak-anak MMMK.
Segala tingkah laku , budi pekerti serta lembut bicara kamu semua menjadi cermin pengukur kepada tahap disiplin pelajar MMMK di mata orang luar.

Tahniah juga kerana kerana prestasi Ujian Lisan yang rata-rata amat baik. Tahniah!
Tahniah! Dan …. Tahniah

Wednesday, July 2, 2008

Air Mata RASULULLAH S.A.W

.....Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannyamasuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyangmemisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kataRasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langitdunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllahdengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuhkecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirmankepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telahberada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnyamenunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kataJibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidaktertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semuasiksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulaidingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segeramendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku -peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkantelinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi Betapa c intan ya Rasulullah kepada kita.

Perasmi Majlis


Majlis Idul Ilmi akan dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Abdullah Bin Jusoh. Exco Pendidikan, Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman. Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman.

Persiapan idul ilmi


Segalanya berjalan lancar pada hari terakhir termasuk raptai .... doa kami semoga majlis tersebut berjalan seperti dirancang ...insyaAllah.

Monday, June 30, 2008

Peringatan

Mengapakah aku baru tau ini semuaaa??tidakkkkkkk!! perkataan BYE merupakan JARUM SULIT kristian....didalam bahasa Arab bermaksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) . .Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Sunday, June 29, 2008

Kem PBSM dan Pengakap

Sebahagian daripada aktiviti pelajar di kem tersebut.



Suntikan ATT

Semua calon PMR 2008 hari ini menerima suntikan ATT (mencegah kancing gigi) daripada Pejabat Kesihatan Sungai Petani. Sebelum menerima suntikan mereka diberi taklimat tentang perlunya suntikan tersebut daripada pihak Pejabat Kesihatan.



Taklimat Kepada Pelajar Tingkatan 3 Ehsan...

Taklimat Kepada 3 Ikhlas...

Menerima Suntikan...


Gelagat Pelajar selepas di suntik...alah sikit je!

Thursday, June 26, 2008

wakil MBJ Maahad Merbok


Ust Rusdi b. Jusoh adalah wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dari Maktab Mahmud Merbok (MMMK).

Wednesday, June 25, 2008

Penganti Surau Lama


Cantik dan Megah berdiri bagunan 2 tingkat menggantikan surau lama. Tingkat atas menempatkan asrama putera dan di bahagian bawahnya ialah Surau baru yang di namakan surau Haji Abd Rahman (Pengasas Sekolah Saadatuddaroin)