Tuesday, July 8, 2008

Ujian Lisan

6 dan 7 Julai 2008 Pelajar Tkt. 5 ke Sekolah Menengah Langkasuka untuk menduduki Ujian Lisan B. Melayu. Segalanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua tingkatan 5 kerana telah mengekalkan tahap disiplin yang tinggi semasa berada di sekolah tersebut hingga selesai Ujian Lisan. Saya merasa bangga kerana anak-anak pelajar MMMK mempamerkan ciri-ciri akhlak pelajar dari sekolah agama seperti yang dikehendaki.

Rasa bangga yang tak terhingga bila mendapat pujian dari warga pendidik yang lain. Kekadang cuba merendah diri, mengelak pujian menggunung tapi guru manakah tidak bangga dengan segala pujian tersebut.

Terima kasih anak-anak MMMK.
Segala tingkah laku , budi pekerti serta lembut bicara kamu semua menjadi cermin pengukur kepada tahap disiplin pelajar MMMK di mata orang luar.

Tahniah juga kerana kerana prestasi Ujian Lisan yang rata-rata amat baik. Tahniah!
Tahniah! Dan …. Tahniah