Monday, June 30, 2008

Peringatan

Mengapakah aku baru tau ini semuaaa??tidakkkkkkk!! perkataan BYE merupakan JARUM SULIT kristian....didalam bahasa Arab bermaksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) . .Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)

Sunday, June 29, 2008

Kem PBSM dan Pengakap

Sebahagian daripada aktiviti pelajar di kem tersebut.



Suntikan ATT

Semua calon PMR 2008 hari ini menerima suntikan ATT (mencegah kancing gigi) daripada Pejabat Kesihatan Sungai Petani. Sebelum menerima suntikan mereka diberi taklimat tentang perlunya suntikan tersebut daripada pihak Pejabat Kesihatan.



Taklimat Kepada Pelajar Tingkatan 3 Ehsan...

Taklimat Kepada 3 Ikhlas...

Menerima Suntikan...


Gelagat Pelajar selepas di suntik...alah sikit je!

Thursday, June 26, 2008

wakil MBJ Maahad Merbok


Ust Rusdi b. Jusoh adalah wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dari Maktab Mahmud Merbok (MMMK).

Wednesday, June 25, 2008

Penganti Surau Lama


Cantik dan Megah berdiri bagunan 2 tingkat menggantikan surau lama. Tingkat atas menempatkan asrama putera dan di bahagian bawahnya ialah Surau baru yang di namakan surau Haji Abd Rahman (Pengasas Sekolah Saadatuddaroin)

Tinggal Kenangan



Surau yang berusia sekitar 100 tahun ini terpaksa di buang bagi memastikan bangunan baru 2 tingkat yang menempatkan asrama putera dan surau baru sekolah.

Monday, June 23, 2008

KEM PBSM DAN PENGAKAP


MMMK akan mengadakan Kem Perkemahan pada Jumaat dan Sabtu (27 dan 28 Jun 2008), bertempat di Kem Merbok. Kem tersebut adalah usahasama daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia MMMK dan Persatuan Pengakap MMMK. Seramai 80 orang peserta akan terlibat.

Sunday, June 22, 2008

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 2

Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK PIBG MMMK kali Ke 2 Tahun 2008 telah diadakan pada hari Ahad, jam 3.00 pm bertempat di Bilik Mesyuarat MMMK.

Perasmian Surau




Majlis Perasmian Surau MMMK, disempurnakan oleh Tuan Haji Yasin. majlis ini dimulakan oleh ucapan aluan oleh Tuan Pengetua MMMK seterusnya bacaan Yasin yang diketuai oleh Tuan Haji Yasin (Bekas Mudir Saadatuddaroin)

Saturday, June 21, 2008

KECERIAAN SEKOLAH

Pihak sekolah telah mengadakan gotong royong bagi membersih kawasan sekolah dan menanam pokok bagi menambah keceriaan sekolah. Semua warga MMMK telah terlibat. Selain itu terdapat juga usaha melekatkan papantanda. Segala-galanya untuk menambahkan keceriaan bagi memastikan suasana persekolahan yang ceria...terimakasih kepada semua pihak yang terlibat

Thursday, June 19, 2008

Hari Temu Mesra Dengan Waris


Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi. Segalanya berjalan lancar seperti dirancang. Tahniah kepada semua guru kerana dapat menyediakan markah Peperiksaan Penggal Pertama mengikut masa yang ditetapkan. Segala-galanya amat dihargai.