Monday, July 21, 2008
Monday, July 14, 2008
PERTANDINGAN PIDATO
Saturday, July 12, 2008
Friday, July 11, 2008
Thursday, July 10, 2008
Lawatan Ke Perpustakaan Awam Merbok
Pada 9 Julai 2008 suatu lawatan sambil belajar oleh Pengawas Perpustakaan MMMK ke Perpustakaan Awam Merbok telah diadakan. Diantara lain tujuan utama lawatan ialah untuk mendedahkan kepada mereka tentang pengurusan sebuah perpustakaan oleh pegawai yang terlibat iaitu Puan Rosnani. Lawatan sambil belajar ini dikelolakan oleh guru perpustakaan MMMK iaitu Ustaz Rusdi.
Tahniah kepada Ustaz Rusdi di atas inisiatif tersebut. Terima ksih juga kepada guru-guru lain termasuk Tuan Pengetua yang bekerjasama membawa pelajar ke Perpustakaan tersebut.
Tuesday, July 8, 2008
Ujian Lisan
6 dan 7 Julai 2008 Pelajar Tkt. 5 ke Sekolah Menengah Langkasuka untuk menduduki Ujian Lisan B. Melayu. Segalanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua tingkatan 5 kerana telah mengekalkan tahap disiplin yang tinggi semasa berada di sekolah tersebut hingga selesai Ujian Lisan. Saya merasa bangga kerana anak-anak pelajar MMMK mempamerkan ciri-ciri akhlak pelajar dari sekolah agama seperti yang dikehendaki.
Rasa bangga yang tak terhingga bila mendapat pujian dari warga pendidik yang lain. Kekadang cuba merendah diri, mengelak pujian menggunung tapi guru manakah tidak bangga dengan segala pujian tersebut.
Terima kasih anak-anak MMMK.
Segala tingkah laku , budi pekerti serta lembut bicara kamu semua menjadi cermin pengukur kepada tahap disiplin pelajar MMMK di mata orang luar.
Tahniah juga kerana kerana prestasi Ujian Lisan yang rata-rata amat baik. Tahniah!
Tahniah! Dan …. Tahniah
Rasa bangga yang tak terhingga bila mendapat pujian dari warga pendidik yang lain. Kekadang cuba merendah diri, mengelak pujian menggunung tapi guru manakah tidak bangga dengan segala pujian tersebut.
Terima kasih anak-anak MMMK.
Segala tingkah laku , budi pekerti serta lembut bicara kamu semua menjadi cermin pengukur kepada tahap disiplin pelajar MMMK di mata orang luar.
Tahniah juga kerana kerana prestasi Ujian Lisan yang rata-rata amat baik. Tahniah!
Tahniah! Dan …. Tahniah
Wednesday, July 2, 2008
Air Mata RASULULLAH S.A.W
.....Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannyamasuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyangmemisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kataRasulullah,Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langitdunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllahdengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuhkecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirmankepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telahberada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnyamenunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kataJibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidaktertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semuasiksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulaidingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segeramendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku -peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkantelinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi Betapa c intan ya Rasulullah kepada kita.
Perasmi Majlis
Persiapan idul ilmi
Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)